teman-teman

Tuesday, May 31, 2011

tIps hiDup baHaGia (o_0)





salam buat semua sahabat semoga dalm keadaan sihat selalu dan sentiasa ceria, Di sini saya ingin berkongsi tips2 untuk manjadi insan Paling Bahagia.Insyallah... Untuk mendapat kebahagiaan dalam hidup ini, perlu sentiasa berdoa kepada sang pencipta agung iaitu ALLAH swt.. Diantara 12 tips untuk menjadi insan bahagia :



1. memohon petunjuk dan Hidayah Allah dan kekuatan iman, Maksudnya sentiasa berusaha dan istiqamah dalm melakukan perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya dan tidak pula RAGU2 untuk menentang hawa nafsu secara habis-habisan, jauhi kekufuran, kejahilan dan kemaksiatan dalam diri.

2. Sentiasa mencari ilmu pengetahuan  dan menambah dari semasa ke semasa. Ilmu yang di cari harus lah bermanfaat dan tujuan kite mencari ilmu adalh kerana ALLAH swt. Apabila ilmu itu ada keberkatan dan bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain,  membuat dada kite menjadi lapang kerana ilmu adalah seagung-agung simpanan dan dengan itu beramalnya adalah kebenaran dalam perintah ALLAH.






3. sentiasa beristighfar, membaca Al-quran dan bertaubat dari dosa2 yang dilakukan. Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kite sangat menyesali perbuatan yang dilakukan dan menangislah sehingga hati tenteram memohon keampuanan ALLAH swt.

4. Selalulah berzikir dalam segenap kehidupan kite tidak kira dimana kite berada, di setiap keadaan jadilah zikir sebagai satu amalan dengan menyelaraskan hati dan lisan terhadap ZIKIR kepada ALLAH dan RASULNYA yang bermaksud setiap anggota kite sebagai contohnya hati berzikir pada ALLAH bukan sekadar di mulut sahaja..

5. Berbuat baik kepada setiap manusia  yakni hamba ALLAH di dunia ini dan memberi pertolongan, manfaat dan ape jua bentuk sumbangan kepada sesiap sahaja dan janganlah kite membezakan seseorang dengan yang lain atau pilih kasih, Sedangkan ALLAH tidak membezakan hambanya kecuali dengan iman dan taqwa kepadanya, seharusnya kite tidak layak untuk bersikap memilih atau membezakan sesorang kerna ia  sifat MILIK PENCIPTA AGUNG. Kekayaan dalam menyumbangkan pertolongan memberi kite gembira, bahagia apabila melihat seseorang itu tidak lagi bersedih dan kite mampu mengembirakan hati orang lain. Betapa bestnye buat orang gembira kerana kite juga akan gembira dan sentiasa TERSENYUM :)


6.  Menguatkan dan mengukuhkan Hati apabila menghadapi musibah, kesulitan,atau krisis hidup. Kekuatan yang ada pada hati terlahir apabila kite sentiasa bersangka baik pada ALLAH yang mana tidak akan tergoncang iman dan kekuatan hati atau gundah gulana apabila musibah datang. Sebagai contohnya, apabila kite ditimpa musibah, janganlah kite berfikir ia membinasakan diri. Lupa ke wahai diri, Allah tidak akan MENCIPTA sesuatu dengan SIA-SIA. Setiap berlaku pasti ada pengajaran dan hikmahnya untuk hambanya berfikir...

7. Menjauhi HATI dari sifat dengki yang membinasakan manusia. Seharusnya kite menjauhi dari sifat dengki kerna ia bisa merosakkan kesucian hati. dan jauhilah dari Dendam, seharusnya kite memaafkan kesalahan orang lain walaupun menyakitkan, belajar untuk redha.. Untuk mendapt hati yang tenang dan dijauhi dendam amalkan lah sebelum tidur untuk berdoa dan belajar untuk doa memaafkan orang lain:

Ya allah, hamba mu memohon ampun dari semua kejahatan dan dosa-dosa yang telah ku lakukan, dan Ya Allah ya tuhanku  aku memaafkan  insan yang menyakiti hatiku, membenci, mengutuk, mengata padaku, sesungguhnya aku hanyalah adalh manusia biasa dan Aku memohon maaf pada semua orang atas kesalahan yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.. cubalah lakukan ..insyallah hati akan tenang, saya dah cube..:)

8. Sentiasa besederhana dalam melakukan sesuatu perkara yakni tidak berlebihan dan riak dan takabur. Jangan menjadi manusia yang boros dalam berbelanja sebagai contohnya. perlu lah dilihat keutamaan dan kepentingan dahulu bukan mengikut hawa nafsu semata-mata..






9. Mengisi waktu kosong dengan sebaik-baiknya dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti join usrah ke, pi masjid dengor orang mengajor, membaca al-quran atau membuat hobi baru menunggang kuda dan sebagainya. Janganlah kite mengisi masa yang terluang dengan maksiat, iaitu melakukan aktiviti tidak berfaedah dan berfkir dunia hanya sementara dan masa ini jealah aku boleh lakukan semua tnpa mengira halal. haram dan dosa. Wahai manusia ingatlah dunia terlalu hina untuk ditangisi, sedarkah kite kehidupan dunia ini bukan kekal abadi dan kite perlu tahu tujuan hidup iaitu MENGABDIKAN DIRI PADA ALLAH. usah tertipu dengan nikmat dunia, sedarlah mati akan menjemput kite bila2 masa, sudahkah kite bersedia?? cukup kah amal??? Sedangakan kehidupan akhirat itu yang kekal abadi, kite tidak mampu terfikirkan di akal dengan azab pedih yang allah sediakan untuk hambanya yang melanggar perintahnya.. sama2 laa mengejar dan mengutip pahala selagi di beri peluang hidup dan sebelum menghembus nafas terakhir..

10. Hidup dalam batas sekarang, lupakan hal lama dan jangan terlalu memikirkan masa hadapan. Sesungguhnya masa depan seseorang merupakan perjalanan hidup. Semalam adalah telah mati, hari ini dilahirkan, dan bagai masa hadapan adalah 'La Haula Wala Quwwata Illa Billah" ini kerana masa depan adlah dalam ilmu pengetahuan ALLAH. Hanya ALLAH saja yang tahu.

every day may not be the best of your life, but it is a day of your life so make it the most of it (",)~


11. Bersyukur dengan Segala nikmat allah iaitu nikmat yang Allah berikan adlah dengan izinnya. Setiap nikmat yang diberikan adlah dengan keizinannya. So, sama2 laa mempelajari untuk bersyukur denagn nikmatnya..

12. Melupakan kekeruhan masa dahulu, jangan memikirkan tentang masa lalu sepanjang siang dan malam. Masa lalu itu laksana kaca yang pecah berserakan, sesungguhnya kaca yang pecah tidak dapat disatukan semula, iaitu kite tidak dapat mengundur masa lalu dan seharusnya ikhlaskanlah semua perkara kerana ALLAH  YANG MENTAKDIRKANNYA..

'Hendaknya engkau jgn bersedih ketika siang meninggalkanmu, dan berganti menjadi malam. InsyaAllah esok, matahari akan kembali hadir bersama cerianya. Begitu pula kaca yg tlh pecah, maka mustahil ia dpt disatukan spt semula. Wahai, ikhlaskanlah apapun yg telah terjadi dan berlalu, namun ambil-lah PENGAJARAN daripadanya'


Diharap tips2 ini dapat memberi sedikit nasihat untuk diri sendiri dan orang lain. SEKIAN SALAM SAYANG DARI SY...  Wallahu A'lam...




'Berbahagialah insan yang sentiasa mengingaty ALLAH, Bergembiralah dengan semua ummah dengan melakukan kebaikan, Jaga cinta Di hatiku hnyalah Cinta ALLAH, Ada rasa rindu dihatiku adalah Pada Rasulullah, Ada rasa kasih dan sayang untuk Ibu ayah dan Takdirkan lah pada ku seorang suami yang Mencintaiku kerana MU YA ALLAH :)'

No comments: