teman-teman

Thursday, August 23, 2012

Kerana Cinta

Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku,McPute.

"Assalamualaikum, Bunga," katanya kepadaku.

Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumsalam," jawabku.

"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Pute

Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.

Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"

Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.

Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"

Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.

"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.

"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.

"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.

Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.

"Awak pernah bercinta?"

"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"

"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."

"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'

Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.

'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'

-message sent-

"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.

"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.

"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"

"Titt!" -message in-

'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'

Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olahadrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?

Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekatex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.

Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.

"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."

Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.

"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.

"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.

Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.

"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.

"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"

"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dahcouple?"

"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebutboyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.

"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.

"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."

Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......

"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"

"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."

Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.

"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challengekerinduan saya kot?"

"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.

"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.

"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"

"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergidating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."

"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."

Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.

"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"

"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."

"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."

"Betul ni nak tau?"

"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.

"Allah."

Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.

"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"

Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...

"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."

Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"

Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.

"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."

"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.

Aku mengangguk tanda ya.

"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.

"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"

Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yangsweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love storykita akan menjadi sweet.

ade inti yang tersiratkat dalam tuh . hope dapat renungkan :)


Wednesday, August 22, 2012

Eid Mubarak

Assalamualaikum .
Dan masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di dunia fana neyh . Today da raye ke 4 da . Alhamdulillah . Kita dapat lagi merasa nikmat sampai ke hari ini kan . Macam mana dengan suasana raye kalian yerp ? syok ? best ? hope sume oke oke jep tw .
Alhamdulillah . tahun ini aku dan keluarga merupakan tahun pertama menjalani ibadah puase dan meraikan hari lebaran di TERATAK KASIH SAYANG :)
lebaran penuh makna , kami mengenakan busana KELABU mix KUNING tahun neyh . hahaha . dalam keurgent nan tuh. tapi semu berjalan lancar . tapi lebaran kali ini aku rase something yang terkurang . takpela nak buat macam mane erk .
tahun neyh lebaran buat aku tak seceria sebelum . :(
bia la simpan dalam hati je kan . tak perlu lah nak bising bagai . aku masih boleh bertahan , insyaAllah .
senyum kat luar tak bermakna dalam hati pun turut senyum . abaikan . xde ape yang terpenting dha sekarang kan . haluan sendiri . bila bergema takdir raye .sayu nye hati ini Ya Allah.
Ya Allah aku rindu ! rindu sangat !
tahun neyh aku tak banyak nak gerak .coz on second raye got bleeding nose and high fever .
takpela aku tahan jela .hope kesihatan nanti lebey bek .
dan tak lame dah nak kene balik kolej !
tak suke nyer . aku ade kat sini orang tak kisah kan .
semoga kebahagian anugerah keluargaku . amenn

WASSALAM


Thursday, August 16, 2012

No One Could Stand By You !

Ya Allah,
 bantulah hati ini memahami,
 menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba

Ya Allah berikan jugak aku kekuatan 
Bersabar dalam marah
. Bukan semudah kata-kata. 
Lidah diam tidak berkata,
 tapi hati Allah yang tahu .
apa lagi lepas ney ?
HUH !

dah aku da sakit dengan sume 
tapi aku tak mampu :(

I hate being lied straight to my face when I know every bit of the truth !


Tuesday, August 7, 2012

Hargai Ibu bapa :(

Assalamualaikum .
Alhamdulillah aku masih dapat nikmat Ramadhan .
Today aku tak dapat hadirkan diri kat kelas selepas seharian bertarung tuk gerakkan badan .
Erm air dalam badan berkurang , dan aku tak nak duk kat wad . takde orang nak jage kan .  so amek keputusan duk ja kat bilik . Slow slow lha tuh .
Dalam kesakitan tak perlu layan sangat kan , so aku habes kan mase bersama golongan warga emas kat sini coz aku dipilih tuk menghadiri majlis bersama sama mereka . Ya Allah , sayu sungguh hati ney bila tengok mereka terbiar dan di biar kan oleh anak anak mereka . Kat mane nilai kasih sayang mereka ?
Ibu bapa lha yang menatang mereka dari kecil , sanggup biarkan ibu bapa mereka depan rumah kebajikan orang tua . sanggup kerana harta gadaikan mak ayah . Tak rase ke cam mane kita mase hari tua nanti ? pikir ke ? Huh !
mak ayah hanya datang sekali dalam hidup . so kenapa buat gini ?
walaupun mereka sakit tak salah buat balas kebajikan tuk dyorang .
mereka sanggup bersusah payah tuk kita . tapi kita senang senang buang kat tepi jalan . tepi terminal .
Ya Allah . pelihara lah hati kami .
sangat tersentuh dengan cerita cerita mereka . Ya Allah . sampai ade yang lebey teruk daripada itu . ibu bapa sanggup berhenti kerja sedangkan mereka dah pun menjawat jawatan yang best !
erm . semoga Allah permudah kan jalan anak anak adam .
wasalam .

Sunday, August 5, 2012

Bicara Hati

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Cuace mendung je tuh , enak kalu tido kan ,
Alhamdulillah , hari ney dah 16 ramadhan . begitu nikmat kurnia Ilahi .
Today mood da kene balik kolej . nak sambung seminggu lebey lagi before balik raye .
rindu kawan kawan dan kakak mentor kat sane :)

Oke , aku hanya mampu tuk buat coretan kat sini . walaupun pun berat aku nak cube tempuh . tapi aku harus buat jugak . Syukur la dengan rezeki yang Allah da kirim kan kat kite . Hargai la dengan sebaiknya . Jangan la merasa kan kekurangan itu satu penghalang tuk kita meneruskan kehidupan kita . Dan tak patut kita salah kan takdir . Ia dah memang surat tersurat kan . Aku hanya mampu menadah tangan memohan pada Ilahi . Mungkin ney dugaan buat aku . Kalu aku terus ginim ape pun tak jadi . Nak tak nak aku kene buat jugak . Cukup la aku susah kan orang lain . InsyaAllah , dengan kudrat yang aku ade , slow slow la jalan . Orang lain tak faham ape yang kite rase , hanya aku dan Allah saje . Hanya berbuat ape yang termampu .  Perjalanan masih jauh beribu batu , cukup la aku dapat melihat wajah insan tersayang sebagaipembakar semangat . Maaf , jika aku  bukan fiza yang dulu . Mungkin aku banyak menyendiri daripada berkata kata , Dah ! aku dah tak sanggup nak tengok orang susah kan demi aku . Ya Allah . erm kalu sahut tuk pergi jauh sebab aku nak tengok cam ne kat tempat oraang , bukan nak risau kan dyorang . Maafkan saya . Orang cakap , bersusah susah dahulu . bersenang senang kenudian . Semoga Allah tetapkan hati hati kami . wasalam

Saturday, August 4, 2012

ALLAH ♥ YOU

YA ALLAH ♥ I cry out to You because i am dirty..
YA ALLAH ♥ I cry out to You... because i am weak..
YA ALLAH ♥ I cry out to You... because i am alone..
YA ALLAH ♥ I cry out to You... because i am afraid..
YA ALLAH ♥ I cry out to You... because i am broken..
YA ALLAH ♥ I cry out to You because i am desperate..
YA ALLAH ♥ You are my only hope :"
Please help us & forgive us.. 

Ameen YA ALLAH ♥♥♥


Thursday, August 2, 2012

DIA

Tuhan Jagakan dia
Dia lha yang bertakhta di hatiku
Yang tetap milik ku
Jika aku tak mampu 
Sesungguhnya dialah yang segala buatku
SELAMANYA ~