teman-teman

Friday, May 25, 2012

PENGASIH , aku buntukan kasihMu Ya Rabb

Lama ku mencari Ertinya kasihmu
Suara bergementar Memuji namaMu

Dalam rasa syahdu Lafaz dan tafakur
Kesyukuran aku kerinduan

Jauhku mencari Ertinya rahmatMu
Titis air mata menatapi kurniaanMu

Dalam gema takbir Lirik dan kalimah
Keinsafan ku abdikan cintakan UntukMu

Limpahilah
Segala restuMu hidayatMu
Di bumi kian ketandusan keinsanan
Kembalikanlah kami ke jalan yang Kau berkati
Anak dunia kini tak pupus
Di sengsarai di sana sini

Padamu Pengasih
Ku bermohon

Thursday, May 17, 2012

kahwin muda adalah terbaik dan terindah :)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
-solat apabila telah masuk waktunya,
-jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan)
dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi )
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.







1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus.
Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.

Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w:

Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah
-seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t,
-seorang penulis yang selalu memberi penawar dan
-seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
-Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la.
-Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la
-Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la

Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.

Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.

Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni.
-Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
-Bertanggungjawab sudahkah saya?
-Adakah saya panas baran atau penyabar?
-Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?

Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri.

Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh.

Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


rasulullah s.a.w bersabda:


Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Ya Allah semoga aku dipertemukan pada seorang yang sangat cinta akanMu Ya Allah .

Wednesday, May 16, 2012

Allah sayang hambaNya

Assalamualaikum para ukuwat semua .
ini hanya satu perkongsian dan pengalaman baru . Alhamdulillah .
subhanaAllah aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kau limpah kan kami dengan kasih mu , kasih yang berpanjangan untuk melengkapi kekurangan diri .
dalam tak sedar kerana buat sesuatu kerana Allah taala . alhamdulillah . aku jugak sangat gembira walaupun aku tak seelok bicara dan bertuturan . Allah masih sayangkan hambanya . aku harap berubahan yang di lakukan bialah istiqamah hendaknya . dan satu pengalaman baru tady aku dapat . aku berkesempatan nak intebiu seorang mualaf dy tuh salesmen kat kedai tempat aku keje . Ya Allah sangat besar sinar itu . aku saje lha tanya kenapa dan cam ne boleh jatuh cinta akan ISLAM .
dy cakap dy alwez dapat mimpi yang akan membawanya ke jalan yang benar . dy ambil mase 2 tahun tuk dalami nya . InsyaAllah kalu ade mase aku akan tolong jika di perlukan . Mabruk . Semoga Allah membuka jalan jalan menuju pada jalan yang benar . sangat besar pengobanan mu . alhamdulillah .

aku rindu pada satu nama yang berjasa .

selamat hari guru buat guru guruku yang telah bersusah payah menabur jasa buatku .
jasamu tetap daku kenang hingga ke penghujungnya . InsyaAllah :)
16 MEI . akan aku abadi titik itu buat selamanya .
guruku di smka kuala abang terus gemilang .


line up nak masuk dewan


ingatanku masih segar bersamamu cikgu



cikgu terhebat buat aku berjaya 

buat guru di smk badrul alam shah jugak anda terbaek !
 BIG THANKS cikgu 

Tuesday, May 15, 2012

10 orang solat tidak diterima oleh Allah


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh AllahS.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Monday, May 14, 2012

KUNCI DALAM GENGAMAN


tangisan hanya Allah yang tahu
duka hanya Allah yang tahu 
ALLAH maha mengetahui 

akurku pada ketetapanNya .

Assalamualaikum .
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani buat sekalian alam .
Alhamdulillah dengan nikmat yang dikecapi , rezeki yang engkau kurnia kan .
setiap insan telah tercatat olehNya apa yang ade padanya kelak .
kita dilahirkan di dunia semuanya sama sahaja . tiada tolak bandingnya pada yang berusaha insyaAllah lebeih padanya . Allah maha adil , maha mengasih , maha penyanyang lagi maha memelihara hati hati hambanya .
Ya Allah , terima kasih sangat sangat meminjamkan aku dengan insan yang sangat baek tuk aku . tapi jika ini takdirnya aku pasrah menerima ketentuan Ilahi . hidup sering kita conteng dengan kenangan suka dan duka pahit jerih . Tapi ini adalah anugerah bagi kita untuk lebey membuatkan kita lebey menyanyangi sesuatu ukhuwah . sape sanggup berpisah dengan insan disayangi nak nak lagi ibu bapa kita sendiri . kat mana kita tanpa mereka ?
JAWAB !!!!!
kat mane ? mereka tatang kita bagai minyak yang penuh . tapi kita mampu kah ? siap siap buang lagi kat merate . apa perasaan yang tak pernah sempat merasa kasih sayang ibu bapa ? Ya Allah . anugerah yang tak dapat kita cari kat mane2 pun . dan tika memiliki insan lain yang disayangi jangan la kita lupa pada yang pernah memberi kasih sayang dalam kehidupan . mungkin yang sering tolong kita . yang bersusah untuk kita . dy jugak la yang akan hadir tika kita duka . sedarkah kita apa yang kita lakukan sekarang ?
setiap pertemuan yang bernilai akan kita hadapi dengan perpisahan yang sangat memilukan . roda kehidupan kian berputar dan berputar . roda yang bergolek mengelilingi liku liku yang akan mendatang . memecah onak dan ranjau berduri tapi dengan bekalan sabar dan ketabahan yang kental insyaAllah .
ku serahkan pada yang hak .
renungan ku lempar kan jauh jauh agar tak datang dah pada hati ini , insyaAllah takdir menentukan segalanya .      tady buat lagi checking tuk diri aku . Alhamdulillah ade yang pulih . tapi part yang nak rawat still parah . that nothing aku buleh cakap . nak buat cam ne aku akur dan cuba tuk sembuhkan .  aku kene kuat tuk rawat secara step by step . amen ~
dan aku still dalam kecelaruan , hanya minda dan hati yang menahan nya . aku hanya mampu nak pendam ja dan aku tak mampu tuh luahankan
apa akan jadi untuk mase depan ? hurm still dengan keputusan aku yang sayang nak tinggalkan apa yang dekat dengan aku . boleh ka aku belajar jauh jauh . aku hanya mampu merenung surat tawaran tuh hidup hidup . tak de mood ! nak col pihak pengurusan pun tak terbuat . banyak bende yang bermain dalam benakku . tak tahu . aku buntu sangat sangat . inilah la aku nak gapai tapi tak kene . terima kasih buat semua support . aku sangat hargai . mungkin inilah mase tuk aku membuka langkah dengan melapangkan dada . sampai bila aku nak jadi fiza sekarang ? huh . aku sedey dengan diri aku , last aku yang tanggung rugi , sedey , tapi aku ja yang merase kesedihan tuh . aku perlukan masa yang dulu yang mampu hidupkan aku ! tapi dapatkan aku kembali memiliki seperti masa lalu ? setiap masa aku lontarkan satu harapan yang sangat tinggi agar dy selalu ade . tapi ...... aku hanya bermain dengan hati . TERIMA KASIH .

*doa itu senjata orang mukmin .
  semoga insan yang aku sayang datang tuk temani daku
 buat ibu bapa , adik beradik , sahabat dan chentahati aku sangat perlukan kamu di setiap detik .

Sunday, May 13, 2012

terima kasih

Assalamualaikum .
nak singgah sini kejap . nanti nak masuk maghrib dah
tengah kerja kerja ney bosan . baru sudah dengar prob kawan kawan .
terima kasih lhaa percaya pada aku .
huhuhu . terima kasih la sudi jadi tempat tuk aku berlindung
maybe aku ney suka sangat nak menumpang kasih . harap sudi lha kan .
kalu tak nak dengar or tak suke bagi tahu ja .
aku faham .
dimana aku ? apa yang harus aku gapai ?
IMPIAN atau ANGAN - ANGAN ?
nauzubillah .

Wednesday, May 9, 2012

SANGAT RINDU ♥

for the rest my life i will there for you .
that song rolling into the deep and mix out of our feeling .
aku still lagi cam ney . mane mane aku pergi it still MINE ! nak buat cam ney kan .
kenapa abah pulak yang tak de selera nak jamah makanan makanan tu sume ?
angah tak makan takpe jangan abah pulak .
huhuhuhuhu ~
angah takde mood nak pergi kerja . buat kerja . makan . nak contact sume .
tak tahu la nanti sedey pulak rase . hakikat nyer aku tak kuat ! cam ney nak buat kuat ,
kalu bawak moto . tengah jalan raya aku pun boley nanges ney kan tengok apa jua depan mate .
Ya Allah rindu nyer . tapi aku je kot yang sangat rindu dy ?
apa pun aku doakan dy sentiasa sihat dan sejahtera .

***************************************************

Ya Allah kirimkan lah rindu aku pada adek agar terdetik satu rasa yang aku rasa .
Ya Allah kirimkan lah jugak kesihatan yang bek .
Berikan kebahagiaan buatnya agar dy selalu ceria bersama arus kehidupannya .
Jika aku dipertemukan lagi aku nak sangat peluk kuat kuat . MasyaAllah .
amen ~~

****************************************************

Ya Allah, jika aku menyakiti org, berikanlah aku kekuatan utk MEMINTA MAAF. 
Tetapi jika org menyakitiku, maka berikanlah aku kekuatan utk MEMAAFKANNYA  ♥
Forgive me if i did wrong..
PEACE of IMAN..✿◕‿◕✿

Tuesday, May 8, 2012

KU LONTARKAN RINDU BUATMU INSAN TERSAYANG .

Assalamualaikum .
Alhamdulillah aku masih dapat melihat dunia dan masih sempat lagi aku nak dengar azan berkumandang memecah gegendang  . tapi hati rasa serba kekurangan dan resah gelisah . aku patut bersyukur kerana semua yang aku peroleh semua indah . Ya Allah kau hadiahkan aku satu rasa sangat rindu untuk aku palitkan satu keceriaan pada raut wajah mu . aku tak mampu lagi untuk sembunyi kan rasa yang terpendam . PadaMu Ya Allah aku berbicara agar aku dapat lagi untuk bersama insan yang aku perlukan . semua yang aku buat tak kene . setiap masa bila aku termenung deraian air mate yang aku kenang . di mane aku nak cari tuh sume ! tolonglah ! sesungguhnya tak mampu aku bertahan bersama air mata kurniaan mu . satu hari suntuk aku dalam keadaan blur . sori buat bos coz tak dapat nak hadirkan diri . emosi tak stabil nanti pelanggan cakap ape pulak .
insyaAllah da oke fiza datang tapi tak janji .

dearest adek yang tersayang nur fatin nabillah azmi .
kakak rindu adek !
kakak tak tahu mane nak pergi , apa nak buat ,
rindu nyer nak tengok wajah ceria adek yang alwez buat kakak tersenyum .
kakak tak nak cam ney .
adek pertahankan kasih nuriznabilah selamenya .
u know how much kasih kakak at adek ?
that im doing ikhlas kerana Allah taala .
kakak merasa semua ney . hope adek kembali !
walaupun apa pun jadi adek tetap di hati kakak selamanya .
AISHITERU
salam sangat rindu buat adek .
PLEZZ !

suka duka sama sama 
imissyoumuchmuch !


Friday, May 4, 2012

SETIA walaupun DERITA .

Assalamualaikum :)
now rolling to once again songs . saje rasa nak menaip lebey kali ney . bukan senang nak jadik rajin ney .
today tak berperasaan baek sangat selepas aku membahang satu injection . wihaaa . bisoo molek !
mood sume nak lari . aku pun malas nak kejar . biala kan bukan alwes nak bermoody .
setia walaupun derita ney adalah salah satu tajuk yang di bicara kan dalam wanita hari ini .
cam HOT je kan buat kaum wanita di luar sane .
wanita selalu tersentuh dengan bende bende cam ney . walaupun macam macam kesusahan pahit jerih tapi hakikatnya sayang dan kasihnya TAK PERNAH sekali pun berganjak !
tapi takde orang faham pun apa yang kita nak ! ade kale nya terpaksa berkorban macam macm nak memenangi hati tapi sedikit pun tak heran . Ya Allah pedih nye yang dirasa . berapa ramai sangat yang mengamati erti setia ?
orang hanya tahu maksud apa itu kesetiaan , tapi tahukan kita macam mane nak setia pada kasihnya ? berapa ramai jugak yang tahu apa itu derita ? derita kadang kala tak pernah nak surut pada hati yang selalu di permainkan . derita tak akan pulih dalam masa yang sebegitu singkat . Ya Allah bukan senang nak tanggung derita yang sensara . orang faham ke ? haa ?
salah ke kalau cuba bahagiakan hatinya . ye kita sume manusia biasa ja tak lengkap dari adat tatasusilanya tapi kalu kita memiliki seluas lautan kasih sayang walaupun macam mana susah dan serabainya kita apabila diri berpaut pada dahan masalah . kita tak boleh nak lepaskan sebegitu senang je tali tali kasih sayang kerana mereka yang setia pada kita jugak lhaa yang datang bantu kita walau apa pun jadi .
sebelum kita terlambat nie kan . apa salahnya kita hargai apa yang kita ada . ingatlah orang yang tersayang .
sorila jika aku beremosi , terima kasih wassalam

A DAY WITH KUALA GANU .

Assalamualaikum buddies !
Semoga sahabat still berada dalam keadaan yang baek , HAHAHA !
Lame sangat kot aku tak datang sini , malas kot nak update update bagai walaupun penuh kepale nak typing .
Yihaaa . Tengok kan post tajuk tuk hari ney * A DAY WITH KUALA GANU *
lagak macam kite tak duk ganu ja . padahal anak jati ganu dah tuh .
on rabu hari tuh aku dengan adek ak ney meme cuti la kan a.k.a OFFDAY .
plan la p ganu coz tak pernah lagi nak p ganu same same . syok amat la rasa macam tak nak balik ade la .
HAHAHAHA !
lawak sangat la kot , p sane nek ekspress siap . walaweyhh ! seronok sangat lha rase hati .
kiteorang turut di bantu oleh orang kuat jugak yang melancarkan perjalanan that means abg zie .
wah wah BIG THANK YOU to abg zie atas banyak sponsor tuh , sangat menghargai semoga Allah membalas jasa baek mu .
abg zie

thanks bagi kami kereta round round bandar samapai sesat
hahahaha !
semangat sangat lha kite ney sampai sesat tak tahu arah .
GPS tinggal pulak tuh . macam cacing kepanasan dha duk dalam kete .
rase cam frust ade la kot coz hilang punca .
konon nyer nak buat suprise kat kawan aku BUNA yang duk kat KT da uh .
last last kiteorang yang dapat suprise lagi besar .
setiap minit ley katakan aku kene col dy nak tw katne katne . kredit habes tak perasan .
Alhamdulillah , sampai jugak aku kat sane yang di pandu adek aku . THANKS adek .
wah lame sangat da kot tak sampai sane . datang awal siket daripada wedding kakak buna . sori sangat tak leh nak lame lame sembang .
then kami gerak to bandar . dapat guide pete siap takot nyer pior lagi . tapi sume da oke .
kami pun pusing pusing lhaa bandar tuh .
wah seronok sangat !
tekun bawak kaka jejalan

ganuku selamanya

bandaraya kuala terengganu

saya suka minum

that all the moment that i create on that days ,
rindu nak pergi lagi .
terima kasih spent time dengan saya MUAHXX !
wasalam